Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    38% daripada 584 pelajar enggan divaksin

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Setakat hari ini, terdapat seramai 584 orang pelajar berusia 12 hingga 17 tahun masih lagi belum mendapatkan satu dos vaksin COVID-19.

    “Mereka yang belum mendapatkan vaksin ini dapat digolongkan kepada empat kategori iaitu atas masalah kesihatan; menangguhkan vaksinasi sampai usia 18 tahun atau ingin menerima vaksin bersama ibu bapa mereka; belum diberi kebenaran oleh ibu bapa atau tidak setuju divaksin; dan lain-lain hal seperti sukar dihubungi dan tidak berada dalam negara,” jelas Pemangku Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohammad Salleh (gambar) semasa ditanya mengenai peratusan pelajar yang belum divaksin.

    Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan turut menyatakan bahawa daripada keempat-empat kategori tersebut, 38 peratus daripada jumlah berkenaan adalah terdiri daripada mereka yang tidak bersetuju untuk menerima vaksin.

    “Oleh itu, mereka ini tidak dibenarkan untuk menghadiri persekolahan secara bersemuka,” tekannya.

    Beliau seterusnya menyeru kepada ibu bapa pelajar ini untuk memberi pertimbangan kepada anak-anak mereka agar diberikan suntikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos pada minggu ini supaya mereka dapat bersekolah apabila sesi persekolahan dimulakan bulan depan.

    Bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana belum menerima suntikan vaksin tersebut, pihak sekolah akan menyediakan pembelajaran alternatif iaitu secara dalam talian atau home learning pack, tambahnya.

    Ketika ditanya mengenai tenaga pengajar di sekolah kerajaan yang belum divaksinasi, Pemangku Menteri Pendidikan mengongsikan bahawa seramai 24 orang lagi yang belum menerima vaksin di mana 11 daripadanya tidak mengambil vaksin disebabkan isu kesihatan.

    Manakala, lima lainnya pula belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin dan lapan lagi adalah disebabkan tidak mahu divaksin.

    Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan bahawa syarat vaksinasi mandatori telah dilaratkan kepada semua tenaga pengajar dan bukan tenaga pengajar di kesemua institusi pendidikan di Negara Brunei Darussalam.

    “Oleh itu, bermula 3 Januari 2022, pelajar-pelajar Tahun 10 ke atas akan memulakan persekolahan secara fizikal dan kesemua guru dijangka untuk hadir ke sekolah, maka bagi guru-guru yang belum bervaksin diharap dapat mengasihani pelajar yang sudah bervaksin yang menyimpan harapan untuk kembali ke kelas dan mengajar mereka di sekolah,” tekannya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...