Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    380 kes baharu COVID-19, tiada kategori 4 dan 5

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Negara Brunei Darussalam hari ini mencatatkan 380 kes baharu jangkitan COVID-19, membawa jumlah keseluruhan kes kepada 17,784 orang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, sebanyak 374 adalah kes tempatan manakala enam lagi merupakan kes import.

    Walau bagamanapun, tiada kes dalam kategori 5 dan 4 daripada kalangan kes-kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan. Kategori tersebut memerlukan rawatan bantuan mesin pernafasan dan bantuan oksigen serta dipantau di Unit Rawatan Intensif.

    Manakala 49 kes disahkan sembuh, membawa jumlah keseluruhan yang sembuh kepada 16,155 kes sementara kes aktif meningkat sebanyak 1,527 kes.

    Kadar penggunaan katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 22.6 peratus.

    Bagi kempen inokulasi negara pula, setakat 5 Februari, sejumlah 94.9 peratus menerima satu dos vaksin, 94 peratus menerima dua dos vaksin manakala dos penggalak pula 42.3 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...