Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    39 fakir miskin terima agihan daging korban di Kg Mulaut

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Rokiah Mahmud

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Seramai 39 orang fakir miskin telah menerima agihan daging korban pada Majlis Ibadah Korban Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung
    (MPK), Jawatankuasa Takmir Masjid dan Penduduk Kampung Mulaut 1443H/2022M yang berlangsung di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen (PMAM), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan daging-daging korban kepada para peserta korban, fakir miskin dan orang ramai ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Seramai 28 orang peserta telah menyertai ibadah tersebut yang telah mengorbankan empat ekor kerbau.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Takbir Hari Raya Aidiladha diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi bersama majlis.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban oleh tetamu kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat serta menikmati jamuan.

    Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim menyampaikan daging korban kepada salah seorang peserta ibadah korban.
    Tetamu kehormat menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima asnaf fakir miskin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...