Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    4 anggota JBP hadiri kursus SCC

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), baru-baru ini, telah menghantar empat orang anggotanya untuk menghadiri kursus mandatori iaitu Section Commander Course (SCC) selama empat bulan 28 hari bermula Julai ini hingga penghujung tahun nanti di Akademi Pertahanan Awam Singapura (SCDA).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, hari ini, pegawai berkenaan ialah Pegawai Balai, Awang Mohammad Firdaus bin Yusoff; Penolong Pegawai Balai (Percubaan), Hajah Nurul Hamizah binti Haji Hamid; Penolong Pegawai Balai (Percubaan) Awang Abdul Azim bin Haji Tuah; dan Penolong Pegawai Balai (Percubaan) Dayang Saerah binti Sapai.

    Antara yang hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi G, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah; ketua perhubungan awam; RSM jabatan; serta pegawai dan anggota di JBP.

    Di kesempatan itu, JBP turut mengongsikan pihaknya juga ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba, Kursus Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan dan mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Gambar ramai anggota JBP di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas menghadiri kursus di Akademi Pertahanan Awam Singapura. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...