Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Siti Nurhaliza bangunkan sekolah di Gaza

    Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk membuka sebuah sekolah di Gaza, Palestin tercapai.

    Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu, hasrat yang sudah lama terpendam itu akhirnya berjaya direalisasikan di bawah Yayasan Nurjiwa miliknya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

    Kata Siti, sekolah yang diberi bersempena nama kedua-dua anaknya, Afwa dan Afiyah itu menyediakan pendidikan awal dan hafazan Al-Quran buat kanak-kanak seawal umur empat tahun.

    “Alhamdulillah saya gembira kerana ia merupakan impian yang ingin saya lakukan sejak dahulu lagi,” katanya kepada mStar.

    Siti ditemui ketika majlis sidang media Showcase Persembahan Amal Khas, Music of The Soul, An Evening with Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan kelmarin.

    Siti Nurhaliza bersyukur dapat membuka sebuah sekolah di Gaza, Palestin. – Agensi

    Acara yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 November depan itu akan menyaksikan Siti bergandingan dengan legenda rock, Datuk Awie di atas pentas sama.

    Dalam pada itu, Siti memberitahu pihaknya memperuntukkan sekitar RM10,000 sebulan bagi menampung kos kakitangan, pengajar dan pengurusan sekolah selain membeli buku pelajaran serta makanan.

    Kata Siti, beliau akan memperuntukkan wang yang diperolehi daripada persembahan pentas, pelantikan duta produk serta sumbangan peribadi untuk disumbangkan kepada sekolah berkenaan.

    Sementara itu, mengulas mengenai persembahan amal khas berkenaan, Siti memberitahu sepanjang kariernya belum pernah mengadakan persembahan eksklusif bersama Awie dan acara ini adalah pertama menggandingkan dirinya dengan penyanyi rock tersebut.

    Bagi persembahan amal itu, Siti menyasarkan kutipan tiket sebanyak RM1 juta yang akan disumbangkan sepenuhnya kepada Yayasan Nurjiwa bagi membantu sekolah di Gaza dan individu memerlukan di dalam negara. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...