Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    41 tamat Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Nurdiyanah R.

    TEMBURONG, 8 SEPT – Seramai 41 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) telah tamat Kursus Marsyal Bomba yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), baru-baru ini.

    Hadir semasa berlangsungnya majlis penyampaian sijil itu ialah Pegawai Pemerintah Operasi G, JBP, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah; Pegawai Operasi Cawangan Operasi G, SSFR Mohammad Zyakwan bin Awang Idris dan Stesen Komander Balai Bomba Bangar, SO Ishraqi bin Haji Sidup.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam, JPE, Awang Kamarul Faizal bin Abu Bakar.

    Kursus di bawah kendalian Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi G, JBP itu dibahagikan kepada dua kumpulan.

    Menerusi kursus berkenaan, para peserta berpeluang memahami lebih mendalam tatacara penggunaan alat pemadam api dan mengangkat mangsa.

    Selain itu, setiap kumpulan juga berkesempatan mengikuti latihan pengosongan dan kebakaran bangunan di dua tempat berasingan iaitu Ibu Pejabat JPE cawangan Batu Apoi, Temburong dan Stesen Jana Kuasa Kampung Belingus yang dibantu oleh keanggotaan dan aset Balai Bomba Bangar dengan diketuai oleh SSFR Mohammad Zyakwan.

    Secara umumnya, kursus berkenaan merangkumi kepentingan keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal di samping mengetahui sebab dan punca berlakunya kebakaran selain mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Di samping tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan betul, teknik menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan jika berlakunya kebakaran juga diajarkan.

    Para peserta juga berpeluang mengadakan lawatan ke Balai Bomba Bangar sekali gus mempelajari dan mengenal pasti perkakas-perkakas bomba.

    Antara kakitangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik yang mengambil bahagian dalam Kursus Marsyal Bomba dikendalikan oleh JBP, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...