Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    44 penulis meterai perjanjian terbit karya

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Seramai 44 orang penulis telah menandatangani perjanjian lesen untuk menerbitkan karya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada majlis penandatanganan yang berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas hari ini.

    Menandatangani perjanjian bagi pihak DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab dan Ketua Bahagian Penerbitan dan Pemasaran DBP, Awang Mohd Azurin bin Othman selaku saksi.

    Dokumen perjanjian berkenaan memuatkan naratif baharu yang diikat dengan Perintah Hak Cipta 1999 dan pindaan 2013 serta perundangan yang signifikan dengan penerbitan.

    Antara lain, kandungan perjanjian baharu itu menekankan kepada aspek-aspek penggunaan hak-hak subsidiari penerbitan, hak cipta karya, tempoh sah laku perjanjian serta obligasi kedua-dua pihak bagi menjadikan penerbitan DBP diikat melalui satu naratif yang inklusif, teratur dan dipersetujui bersama.

    Beberapa buah buku berkenaan akan dilancarkan semasa Pesta Buku Brunei 2022 yang bakal diadakan pada bulan ini.

    Penulis-penulis menandatangani perjanjian lesen untuk menerbitkan karya, dengan DBP diwakili oleh Awang Suip dan Awang Mohd Azurin pada majlis yang berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...