Wednesday, May 1, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    5 pemenang terima hadiah percutian eksklusif

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Lima pemenang bertuah promosi Kad Keistimewaan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menerima hadiah masing-masing pada majlis yang diadakan di Bangunan PGGMB di ibu negara, hari ini.

    Hadir pada majlis penyampaian hadiah berkenaan ialah wakil dari Southern Cross Travel Agencies Sdn Bhd dan kakitangan BIBD sebagai serta jawatankuasa kerja.

    Pemenang utama membawa pulang pakej perjalanan tiga hari dua malam termasuk tiket pergi balik ke Singapura berserta tempat penginapan.

    Manakala tempat kedua dan ketiga pula masing-masing menerima pakej tiga hari dua malam ke Bangkok dan Kuala Lumpur yang termasuk tiket kelas ekonomi pergi dan balik berserta tempat penginapan mengikuti destinasi percutian mereka.

    Sementara itu, pemenang tempat keempat memenangi pakej percutian selama tiga hari dua malam ke Kuching yang termasuk tiket penerbangan dan tempat penginapan.

    Pemenang kelima pula membawa pulang hadiah pakej percutian tiga hari dua malam ke Kota Kinabalu, termasuk tiket penerbangan dan tempat penginapan.

    Menurut BIBD, kempen berkenaan mencerminkan komitmennya untuk menyediakan perbankan digital yang inovatif dan penyelesaian memenuhi keperluan pelanggannya yang semakin berkembang. Promosi yang berjalan dari 27 Oktober 2022 hingga 31 Mac 2023 itu antara lain bertujuan untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian pembayaran tanpa tunai dan secara digital.

    Para pemenang bagi acara tersebut bergambar ramai di Bangunan PGGMB di ibu negara. – Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...