Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    5 terkorban tanah susur, banjir Durban

    JOHANNESBURG, 12 APRIL – Sekurang-kurangnya lima terkorban dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di seluruh bandar pelabuhan Afrika Selatan, Durban berikutan hujan lebat sejak beberapa hari, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Hujan sejak beberapa hari lalu menyebabkan banjir di beberapa buah kawasan dan menutup puluhan jalan raya di seluruh bandar, yang terkenal dengan pantai menarik.

    “Lima orang terkorban telah dilaporkan setakat ini namun kami masih mencari maklumat daripada perkhidmatan kecemasan,” kata Lungi Mtshali, jurucakap bagi kementerian Tadbir Urus Koperasi kepada AFP.

    Video rakaman dikongsikan oleh petugas penyelamat persendirian dan paramedik menunjukkan kejadian banjir di lebuh raya bandar itu, menenggelamkan kereta dan merosakkan rumah kediaman. – AFP

    Seorang penduduk berjalan ke arah pondok makanan selepas hujan lebat di Durban. Sekurang-kurangnya lima terkorban dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Durban.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...