Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    7 maut ditembak semasa berbuka puasa

    BEIRUT, 28 APRIL – Lelaki bersenjata kumpulan Islamic State (IS) menyerang perhimpunan majlis berbuka puasa yang dianjurkan bekas pegawai kumpulan sokongan AS di timur Syria, membunuh tujuh orang dan mencederakan empat yang lain, kata aktivis pembangkang hari ini.

    Serangan pada malam kelmarin di kawasan Abu Khashab wilayah Deir el-Zour menyasarkan rumah seorang bekas jurucakap Tentera Demokratik Syria, menurut Pihak Berkuasa Hak Asasi Manusia Syria dan laman berita Euphrates Post.

    Euphrates Post berkata lelaki bersenjata tiba dengan motosikal dan melepaskan tembakan pada kumpulan yang menikmati juadah berbuka puasa di kediaman bekas jurucakap SDF, Nouri Hameesh, yang juga terbunuh.

    Tiga tahun selepas IS kehilangan wilayah terakhir yang dikawalnya, kumpulan itu telah mempertingkat serangannya dalam beberapa bulan ini, terutamanya menyasarkan SDF pimpinan Kurdish daripada kerajaan Syria. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...