Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    782 kes HFMD direkodkan sejak Januari

    KUALA BERANG, 11 MEI – Sebanyak 782 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak direkodkan di seluruh Terengganu bermula 1 Jan hingga 7 Mei lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong.

    Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak melebihi 700 peratus, memandangkan hanya 95 kes direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas.

    Menurutnya, sebahagian besar kes melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah yang ditempatkan di taska di negeri ini.

    “Sebanyak 19 taska dikenal pasti menjadi punca penularan wabak, bagaimanapun tidak ada yang ditutup kerana penularan kes dapat dikawal,” katanya selepas merasmikan Program Gerak Gempur Cakna Ubat di sini, hari ini.

    Dr Kasemani berkata siasatan pihaknya mendapati pengabaian terha-dap langkah-langkah pencegahan atau penjagaan kebersihan di taska antara punca kepada penularan mendadak wabak berkenaan.  

    Sehubungan itu beliau mengingatkan operator taska atau pusat penjagaan kanak-kanak supaya mempertingkat aspek kebersihan termasuk menjalankan sanitasi pada awal dan akhir waktu operasi bagi mengelak masalah sama berulang.

    “Sebab dah lama kita bercakap pasal perkara ini tetapi ramai yang masih leka.

    “Perkara ini juga memerlukan kerjasama antara pihak ibu bapa dan taska, jika anak-anak menunjukkan gejala, ibu bapa dinasihatkan agar tidak menghantar anak ke taska dan pihak taska pula jangan terima mereka yang bergejala supaya tidak berjangkit,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau berkata kes jangkitan COVID di Terengganu dalam tempoh perayaan adalah rendah dan terkawal iaitu sekitar 40 kes sehari. – Bernama

    Sebahagian besar kes HMFD melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah yang ditempatkan di taska di Terengganu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...