Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    8 maut dalam nahas helikopter, jet pejuang

    BUCHAREST, 3 MAC – Lapan anggota tentera maut selepas helikopter dan jet pejuang mereka terhempas kelmarin dalam cuaca buruk di timur Romania berhampiran Laut Hitam, menjadikan kemalangan tentera udara tersebut adalah yang terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Anggota Kesatuan Eropah (EU) itu berada di barisan hadapan untuk mengukuhkan sayap timur NATO ketika Rusia menyerang negara jiran Ukraine dan telah menyaksikan bala bantuan antarabangsa tiba dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Helikopter IAR 330-Puma itu terhempas di kawasan Gura Dobrogei, 11 kilometer dari lapangan terbang, mengorbankan kesemua tujuh di dalamnya, kata kementerian pertahanan.

    Ia sedang mencari MiG 21 LanceR, selepas jet pejuang tersebut yang mana adalah sebahagian daripada pembentukan dua pesawat MiG-21 LanceR yang melakukan misi rondaan udara telah terputus hubungan dan hilang daripada radar.

    Kemudian kelmarin, jet pejuang itu telah ditemui terhempas berhampiran Cogealac, kawasan tidak berpenghuni berhampiran Laut Hitam, kata kementerian pertahanan.

    Juruterbang berusia 31 tahun itu meninggal dunia, tambahnya.

    Perkara itu adalah terlalu awal untuk dibincangkan mengenai kemungkinan punca kemalangan. Sudah tentu, terdapat keadaan cuaca yang tidak baik tetapi mereka tidak boleh mengulas sekarang, menurut jurucakap Jeneral Constantin Spanu di televisyen tempatan kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...