Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Aidilfitri di penghujung Syawal disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-sekolah Agama Kawasan Brunei I, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini, memeriahkan penghujung Syawal dengan mengadakan Majlis Ramah Mesra Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Majlis tahunan yang dianjurkan oleh jawatankuasa berkenaan berlangsung di Surau Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Pemangku Penolong Pengarah (Perkhidmatan Korporat), JPI, Dayang Haslinah Susanti binti Haji Mohd Hassan.

    Antara tujuan majlis adalah untuk mengeratkan silaturahim, kemesraan dan keakraban antara pegawai-pegawai JPI dengan pemimpin sekolah-sekolah agama dan guru-guru agama Kawasan Brunei I di samping menyemarakkan dan memeriahkan lagi suasana Syawal.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi majlis, Awang Mohd Halidi bin Haji Basar dan dimeriahkan dengan persembahan lagu raya, persembahan daripada Sekolah Ugama Haji Mohd Jaafar Maun, Kampung Kiulap, ramah mesra antara tetamu khas bersama guru-guru kawasan Brunei I dan jamuan.

    Dayang Haslinah Susanti semasa hadir pada majlis sambutan Hari Raya tersebut di Surau Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna.
    Tetamu khas bersama para pemimpin, pegawai dan guru dari Kawasan Brunei I semasa sesi bergambar ramai pada majlis perayaan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...