Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aina Abdul Kagum dengan DSV

    Penyanyi popular Aina Abdul, 29, tidak beranggapan Dato Seri Vida (DSV) cuba meniru imejnya yang ditonjolkan dalam muzik video (MV) Ku Ikhlaskan.

    Sebaliknya,jelas pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani ini, dia berasa kagum dengan jutawan kosmetik itu yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang kuat.

    Memandang positif dengan usikan warganet, Aina berkata dia melihat banyak nilai positif yang dibawa oleh DSV.

    “Tiada istilah ‘copycat’ atau apa, masing-masing terinspirasi daripada seseorang. Saya sendiri pun ambil inspirasi daripada orang lain.

    “Saya tak rasa dia tiru atau apa. Saya ternampak juga usikan itu daripada peminat. Saya rasa ia hanya gurau-gurau manja saja.

    “Tak ada sesiapa pun ambil perkara itu serius. Jadi, saya tak kisah apa orang nak cakap. Namun, saya tahu apa saja DSV lakukan, dia tunjukkan keazaman tinggi,” katanya.

    Dedah Aina, dia sangat menghormati DSV dan akui banyak belajar

    pelbagai perkara daripada figura itu terutamanya menjadi seorang wanita yang berani.

    “Saya sangat menghormatinya. Saya memang sentiasa sukakan DSV kerana dia seorang yang sangat berani.

    “Dia juga wanita yang kuat. Apa yang dia cuba lakukan, saya belajar bagaimana mahu jadi seperti itu.

    “Mungkin orang di luar nampak yang lawak-lawak saja, tapi saya belajar sisi positifnya. Apa juga yang dia lakukan, dia menjadi diri sendiri,” katanya. – Agensi

    Aina berasa kagum dengan DSV yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang kuat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...