Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Akaun TikTok Aiman Tino hilang sekelip mata

    Bagaikan dipukau, penyanyi Malaysia, Aiman Tino memberitahu akuan TikTok miliknya hilang dalam sekelip mata gara-gara perbuatan penggodam.

    Memetik laporan mStar, Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 26, berkata beliau menerima mesej di platform berkenaan yang memberitahu ingin berkongsi rezeki sebelum akaunnya digodam sehingga tidak boleh diakses lagi.

    “Perkara ini baru terjadi tadi (Isnin), ada akaun TikTok yang sudah kena godam mesej saya kononnya mahu berkongsi coins. Kemudian dia hubungi di Whatsapp minta kod TikTok saya pula.

    “Ia ini terjadi dalam sekelip mata. Saya rasa macam kena pukau sebab berikan cod untuk akses ke akaun tersebut.

    “Bukannya pertama kali terima mesek begini, tetapi hari ini entah kenapa saya boleh terkena,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Aiman terdahulu berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya berserta tangkap layar maklumat panggilan yang diterima.

    Tambahnya lagi, individu berkenaan turut menghubunginya dan meminta bayaran sebanyak RM500 bagi mengembalikan akaun miliknya.

    “Dia yang hubungi dan minta duit sekiranya saya mahukan akaun itu kembali. Dia siap ugut konon ada kejutan yang bakal didedahkan.

    “Mestilah saya tidak percaya… belum tentu dia akan kembalikan akaun TikTok saya.

    “Dari perbualan tadi gayanya seorang lelaki lingkungan usia 20-an,” ujarnya.

    Menurut Aiman, perbuatan penggodam sebegini boleh memberi kesan kepadanya kerana akaun media sosial itu juga menjadi platform untuk beliau menjalankan perniagaan.

    Aiman kini sedang berusaha mendapatkan maklumat tentang individu berkenaan dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

    “Saya cuba dapatkan bantuan rakan-rakan yang pakar bagi mendapatkan maklumat tentang individu tersebut. Kalau ada mungkin saya boleh buat laporan.

    “Akaun TikTok itu penting kerana di situ juga saya jalankan urusan perniagaan,” jelasnya. – Agensi

    Aiman Tino tidak teragak-agak untuk buat laporan polis. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...