Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Bantu kesan 2 pekerja asing lari dari majikan

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk mengesan dua orang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Novi Indriani yang berusia 431 tahun dengan nombor pasport, E4274274, dan Lestari Widjaja yang berusia 47 tahun dengan nombor pasport, C6859512 kedua-duanya dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian, 2661334 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Novi Indriani, 31 tahun, warganegara Indonesia.
    Lestari Widjaja, 47 tahun, warganegara Indonesia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...