Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Al-Uswah adakan latihan perbarisan HK-38

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Sebagai membuat persiapan bagi upacara sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, Kumpulan Al-Uswah, Kesatuan Ibu Bapa Alumni Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) telah mengadakan sesi latihan perbarisan, kelmarin.

    Hadir menyertai latihan tersebut ialah pengerusi Kumpulan Al-Uswah, Haji Sohaili bin Haji Mohidi.

    Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah memberikan peluang dan kesempatan kepada mereka untuk menyemarakkan lagi sambutan berkenaan.

    Latihan diadakan dengan mengikuti prosedur operasi standard yang ketat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan wabak COVID-19 serta penjarakan fizikal yang diaturkan oleh para jurulatih daripada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan urus setia Hari Kebangsaan dari KKBS.

    Kumpulan Al-Uswah dan jurulatih semasa mengadakan sesi latihan perbarisan bagi upacara sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...