Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Alia Bhatt pandai cari peluang keemasan

    Bakat lakonan Alia Bhatt semakin menyerlah malah kejayaan filem Gangubai Kathiawadi juga menjadikan pelakon tersebut antara pelakon yang sangat berbakat di Bollywood.

    Memetik laporan Hindustantimes, pelakon terkenal Aishwarya Rai turut memuji bakat Alia yang mendapat peluang besar membintangi filem arahan Karan Johar itu.

    “Saya pernah berkata kepada Alia ‘ia sesuatu yang hebat untuk awak’ apabila menerima sokongan dan mempunyai hubungan rapat dengan Karan.

    “Sebagai pelakon, awak tahu untuk mencari peluang yang bagus,” katanya.

    Filem lakonan Alia berjudul Gangubai Kathiawadi yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kisah benar yang berlaku di sana. – Agensi

    Alia Bhatt menyerlahkan bakat lakonan menerusi kejayaan filem Gangubai Kathiawadi dan sekali gus menjadikan dia antara pelakon yang sangat berbakat di Bollywood. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...