Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Perenang terbaik diiktiraf dalam kejohanan kebangsaan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Perenang terbaik daripada beberapa kumpulan umur telah menerima trofi sebagai pengiktirafan dalam memberikan persembahan terbaik semasa Kejohanan Renang Kumpulan Umur Brunei ke-29 yang berlangsung di kolam renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari itu telah menyaksikan beberapa atlet mempertingkatkan reputasi mereka sebagai bakat yang paling menyerlah dalam negara dan bintang-bintang baharu yang akan mengukir nama mereka di peringkat kebangsaan.

    Dalam kategori 13 tahun ke bawah, Fritz Gabrielle Mendoza dari Sekolah LifeSkillSwim telah dinobatkan sebagai Terbaik Lelaki, manakala Sharmeen Mohd Mharvin dari Kelab Speed Swimming Brunei telah dianugerahkan sebagai Terbaik Perempuan.

    Fritz Gabrielle telah merangkul empat pingat emas dalam acara pembukaan pertandingan tersebut, di tambah dengan acara kuak dada 100m dalam acara terakhir.

    Sharmeen telah meraih kejayaan dalam pertandingan itu selepas memenangi acara gaya bebas 100m dan acara gaya kupu-kupu 50m sebelum melanjutkan rekod meraih pingat emas dalam acara kuak dada 50m dan gaya bebas 50m.

    Pemenang-pemenang bersama pingat mereka semasa sesi bergambar ramai pada kejohanan tersebut di kolam renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

    Perenang berusia 13 tahun itu berjaya merangkul pingat emas dalam acara kuak dada 100m, sekali gus mencatat rekod kejohanan terbaharu dalam acara kuak dada 200m dengan catatan masa 2:41.28 saat.

    Sementara itu, bagi kategori 14 hingga 15 tahun, Kai Jie Wong dari Kelab Hammerhead Swimming telah dinamakan sebagai Terbaik Lelaki, manakala Hayley Wong daripada Kelab Renang Mabohai telah menerima anugerah sebagai Terbaik Wanita.

    Kai Jie memenangi pingat emas dalam acara kuak dada 100m dan 200m, 200m dalam acara IM, 100m dalam acara gaya kupu-kupu dan 400m dalam acara gaya bebas. Hayley pula telah meraih kemenangan dalam acara gaya bebas 100m, 50m dalam acara gaya kupu-kupu dan 50m dalam acara gaya bebas.

    Selain itu, Joel Ling dari Kelab Hammerhead Swimming telah menerima anugerah sebagai Terbaik Lelaki, manakala Andra Chai dari Kelab Renang Mabohai menerima anugerah Terbaik Perempuan. Kedua-duanya adalah bagi kategori 16 hingga 18 tahun.

    Joel Ling memenangi anugerah tersebut apabila dia memenangi acara gaya bebas 100m dan 200m dalam acara IM. Andra pula telah meraih pingat emas dalam acara kuak dada 200m, 50m dan 100m dalam acara gaya kupu-kupu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...