Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Alibaba berpecah kepada 6 unit perniagaan

    BEIJING, 28 MAC – Alibaba mengumumkan hari ini ia akan berpecah kepada enam kumpulan perniagaan dalam salah satu pembaikpulihan paling signifikan sebuah firma teknologi China setakat ini.

    Firma berpangkalan di Hangzhou itu merupakan salah sebuah syarikat gergasi teknologi paling berpengaruh di China, dengan operasi perniagaan merangkumi pengkomputeran awan, e-dagang, logistik, media dan hiburan serta kecerdasan buatan.

    Daniel Zhang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, berkata dalam satu kenyataan penyusunan semula itu membolehkan setiap perniagaan berasingan meneruskan dengan pelan pengumpulan dana dan penyenaraian awamnya sendiri.

    Alibaba mendakwa tindakan itu bertujuan ‘membuka nilai pemegang saham dan memupuk daya saing pasaran.’

    Di bawah pengaturan baharu itu, setiap daripada enam unit yang baru ditubuhkan itu akan dikendalikan oleh CEO dan lembaga pengarahnya sendiri.

    Satu kekecualian utama dalam penyusunan semula itu ialah Kumpulan Perniagaan Taobao Tmall – operator platform pembelian dalam talian terkenal di China – yang kekal milik sepenuhnya oleh Kumpulan Alibaba.

    Zhang akan mengekalkan jawatannya sebagai CEO kumpulan, walaupun operasi harian unit perniagaan berasingan akan diserahkan kepada badan pengurusan baharu.

    Syarikat itu berkata struktur baharu itu akan membawa nilai pasaran yang lebih kepada operasi perniagaannya yang pelbagai.

    Perubahan berkenaan tidak menjejas saham Alibaba yang kini disenaraikan di New York dan Hong Kong, menurut firma. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pemandangan ibu pejabat syarikat gergasi e-dagang Alibaba di Hangzhou, timur wilayah Zhejiang, China. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...