Monday, April 29, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Amirchik sahut cabaran nyanyi lagu Melayu

    Amirchik menjayakan siri jelajah di Asia Tenggara di mana Kuala Lumpur pula adalah salah satu destinasi persinggahan.

    Amirchik menjayakan siri jelajah di Asia Tenggara di mana Kuala Lumpur pula adalah salah satu destinasi persinggahan.

    Sungguhpun berasal dari Rusia, penyanyi Amirchik terkejut lagu bahasa Melayu berjudul Cinta Ini yang diterjemahkan daripada single Eta Lyubov mendapat sambutan hebat peminat di Malaysia.

    Penyanyi berusia 19 tahun itu berkata, keputusan menterjemahkan lirik Eta Lyubov dalam bahasa Melayu adalah satu tindakan baik, sekali gus membantu mengetengahkan namanya di Malaysia.

    “Sejak lagu Cinta Ini tular dalam laman sosial TikTok, ramai yang muncul dengan lirik parodi sehingga peminat keliru mengenai mesej yang hendak disampaikan.

    Amirchik terkejut sambutan diberikan pendengar di Malaysia menerusi lagu Eta Lyubov.- Agensi

    “Jadi, saya ambil inisiatif menterjemahkan lagu ini kepada bahasa Melayu, memandangkan saya juga mempunyai ramai peminat di Malaysia dan Indonesia,” katanya.

    Terdahulu, nama Amirchik mencuri perhatian selepas lagu Eta Lyubov kerap menjadi pilihan pengguna TikTok dengan menjadikan ia lagu latar belakang rakaman video termasuk parodi liriknya turut popular di saluran YouTube, tahun lalu.

    Menjadikan sambutan positif sebagai satu dorongan, Amirchik kemudiannya menghasilkan lagu yang sama dalam versi bahasa Melayu.

    Diberi judul Cinta Ini, Amirchik turut memuatkan terjemahan lirik lagu dalam video muzik rasmi untuk mendekati peminat di rantau ini.

    Keputusan menghasilkan lagu ke dalam versi bahasa Melayu selepas lagu berkenaan banyak diparodikan hingga mencetuskan kekeliruan terhadap makna sebenar.

    Mengulas cabaran menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, Amirchik mengakui, ia bukan perkara mudah.

    “Jujurnya, agak susah untuk menguasai lirik dalam bahasa Melayu, tetapi saya banyak membuat latihan.

    “Mujur komposer dan penyanyi di Malaysia seperti Mark Adam yang menghasilkan lirik lagu Cinta Ini banyak membantu saya.

    “Namun, jika dibandingkan bahasa Korea lebih susah. Saya sendiri pun masih tidak begitu fasih berbahasa Inggeris dan sedang belajar memperbaikinya. Jadi, untuk belajar bahasa Melayu, saya lakukannya perlahan-lahan.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...