Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Angka korban letupan kilang meningkat

    LJUBLJANA, 13 MEI – Seorang pekerja yang cedera dalam letupan di kilang kimia di Slovenia telah meninggal dunia, membawa jumlah mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu kepada enam, lapor media tempatan hari ini.

    Letupan berlaku semalam apabila sebuah tangki meletup di kilang resin milik syarikat kimia Melamin di bandar Kocevje, kira-kira 60 kilometer dari selatan Ljubljana.

    “Malangnya, kebimbangan kami telah menjadi kenyataan,” beritahu pengurus besar Melamin Srecko Stefanic kepada wartawan.

    Letupan yang kuat itu ‘membuatkan peluang amat tipis untuk menemui mangsa hidup,’ katanya.

    Pada mulanya, lima orang dilaporkan telah terbunuh dan enam yang lain cedera, termasuk dua yang dimasukkan ke hospital dengan luka bakar serius.

    Tragedi berkenaan adalah ‘berpunca daripada kecuaian manusia,’ kata Stefanic, enggan memberikan maklumat lanjut sehingga siasatan telah selesai.

    Pihak berkuasa tempatan meminta penduduk yang tinggal dalam jarak 500 meter dari kilang supaya tinggal di rumah dan menutup tingkap rumah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat asap toksik.

    Namun langkah tersebut dibatalkan lewat semalam selepas pegawai mengesahkan tidak adanya kesan negatif ke atas persekitaran. – AFP

    Gambar diambil pada 12 Mei 2022 menunjukkan asap hitam berkepul-kepul naik daripada kilang pembekal resin Melamin di mana sebuah tangki meletup dan membunuh enam orang. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...