Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Apex jual nasi lemak, baju ‘bundle’ ketika pandemik

    Bukan mudah perjalanan dilalui penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program Mentor Millenia 2019, Apex Tajudin.

    Di sebalik populariti dikecapi menerusi media sosial, Apex menyimpan 1,000 satu kisah yang tidak diketahui umum.

    Apex berkata, fasa dilalui selepas diangkat juara program Mentor Millenia pada 2019 itu begitu mencabar.

    “Sebaik sahaja menjuarai program ini, saya pernah keluar dengan lagu Panggung. Hanya sempat melakukan beberapa promosi, seluruh negara berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    “Semua perancangan sudahnya tergendala dan saya terpaksa membuat pelbagai usaha mempromosikan lagu Panggung.

    Apex banyak menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan peminat demi mengembangkan kerjaya nyanyian. – Agensi

    “Sebab itu, saya banyak menggunakan media sosial untuk mengembangkan kerjaya sendiri,” katanya kepada BH Online.

    Penyanyi berusia 26 tahun itu berkata, meskipun berdepan kesukaran mempromosikan lagu Panggung, selain rezekinya tidak selancar penyanyi lain yang muncul sebelum itu.

    Berdepan pelbagai cabaran, Apex terpaksa mengehadkan aktiviti seni dan membuat pelbagai kerja lain untuk menampung kehidupan seharian.

    “Saya pernah berniaga nasi lemak dan menjual baju ‘bundle’. Memang amat sukar memandangkan saya baru sahaja melangkah dari program Mentor Millenia.

    “Namun, syukur rezeki tetap ada, kita hanya perlu berusaha. Setiap hari, saya menggunakan platform media sosial seperti TikTok untuk mempromosikan diri dan perniagaan.

    “Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan,” katanya.

    Mempunyai lebih 350,000 pengikut dalam aplikasi TikTok, Apex berkata, dia sering memuat naik video nyanyian dan pelbagai kandungan berbeza.

    Selain menjadi medan berinteraksi dengan peminat, katanya, ia juga membuka jalan mempromosikan karya dan mencari peluang dalam bidang nyanyian.

    Terbaru, Apex baru sahaja keluar dengan single Jannah bersyukur menerima maklum balas baik daripada peminat yang sukakan karya berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...