Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Arnautovic bantu Bologna raih mata penuh

    BOLOGNA, ITALI, 12 APRIL – Marko Arnautovic mampu meledak hatrik tetapi percubaannya tersasar terkena palang ketika Bologna menewaskan Sampdoria yang diancam dengan penyingkiran dengan keputusan 2-0 dalam Serie A, kelmarin.

    Bologna memecahkan kebuntuan pada minit ke-61 apabila Aaron Hickey membuat hantaran lintang kepada Mitchell Dijks di tiang belakang gawang dan dia menghantarnya kepada Arnautovic untuk membuat jaringan dari jarak dekat.

    Arnautovic hampir menggandakan jaringannya pada minit ke-69 tetapi rembatannya tersasar menuju palang. Percubaan Nicola Sansone turut terkena palang beberapa saat kemudian apabila menerima hantaran dari Arnautovic.

    Arnautovic berjaya mendapatkan gol kedua pada minit ke-76 dalam satu aksi yang mana pemain antarabangsa Austria itu bermain keseluruhan perlawanan.

    Sampdoria kekal tujuh mata di atas zon penyingkiran selepas kekalahan kelima dalam enam perlawanan.

    Ia adalah kemenangan pertama Bologna dalam enam perlawanan. Sementara itu, jurulatih Sinisa Mihajlovic kekal di hospital untuk rawatan selepas leukemianya kembali semula. Dia mengatasi penyakit tersebut pada tahun 2019.

    Bologna seri dengan pendahulu Serie A, AC Milan dengan keputusan 0-0 pada minggu lalu dalam perlawanan pertamanya tanpa jurulatih, yang kekal berhubung dengan para pemain dan kakitangan menerusi video. – AP

    Reaksi Marko Arnautovic (tengah) selepas menjaringkan gol semasa perlawanan Serie A Itali di antara Bologna dan Sampdoria di Bologna, Itali. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...