Friday, May 10, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Aryan tak minat berlakon

    Tak semua anak kepada aktor mahu pun aktres Bollywood yang mahu mengikut jejak langkah ibu atau bapa mereka. Buktinya adalah Aryan Khan iaitu anak lelaki kepada Datuk Shah Rukh Khan (SRK).

    Sewaktu membesar, ramai peminat berharap Aryan akan mengikut jejak langkah bapanya itu dengan menjadi bintang filem, apatah lagi bila dia dikurnaiakan wajah yang kacak. Tapi, nampaknya Aryan lebih berminat menulis skrip dan menjadi pengarah filem.

    Karan Johar yang sebelum ini telah banyak menghasilkan filem yang hit untuk King Khan dan juga sahabat keluarga kepada aktor mega itu, pernah menyatakan hasrat untuk melancarkan kerjaya lakonan Aryan di bawah syarikat produksinya, Dharma Productions.

    Sebelum ini, Karan telah banyak membantu melancarkan kerjaya anak kepada bintang filem, misalnya seperti Alia Bhatt, Varun Dhawan dan Ananya Panday dan mereka semua kini berjaya dalam bidang lakonan.

    Menurut Bollywood Hungama, hal yang sama juga ingin dilakukan terhadap Aryan dan dia benar-benar serius memberikan tawaran berlakon kepada Aryan namun, Aryan pantas menolak.

    Awalnya, Karan tidak bimbang dengan dengan tindakan Aryan itu kerana dia percaya suatu hari nanti, Aryan akan bersetuju. Tetapi, selepas beberapa ketika, Aryan tetap menolak tawaran Karan beberapa kali.

    Akhirnya ia turut disedari SRK dan Gauri bahawa Aryan memang tidak berminat menjadi pelakon dan Karan juga sudah tidak menganggap penolakan Aryan sebagai suatu gurauan.

    Selain Karan, pengarah Zoya Akthar yang juga kakak kepada Farhan Akhtar mahu melancarkan kerjaya lakonan Aryan. Zoya bercadang untuk mengambil Aryan berlakon dalam The Archies.

    Tapi, nampaknya, adik Aryan iaitu Suhana Khan yang terlibat dalam pembikinan filem untuk Netflix itu.

    Sumber memberitahu Bollywood Hungama bahawa Suhana adalah generasi pelakon seterusnya dalam keluarga SRK. – Agensi

    Aryan memang tidak berminat menjadi pelakon namun lebih berminat menulis skrip dan menjadi pengarah filem. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jepun cadang perluas penangkapan ikan paus komersial kepada ikan paus sirip

    TOKYO, 10 MEI - Agensi Perikanan Jepun telah mencadangkan memperluaskan penangkapan ikan paus komersil di sepanjang pantai negara kepada ikan paus sirip, spesies yang...