Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    AS rancang tamatkan kecemasan kesihatan awam mpox

    WASHINGTON, 4 DIS – Kerajaan persekutuan merancang menamatkan kecemasan kesihatan awam yang diisytiharkannya awal tahun ini kepada Januari depan selepas wabak mpox menjangkiti lebih 29,000 orang di seluruh Amerika Syarikat (AS).

    Kes mpox telah berkurangan dalam beberapa minggu ini, dengan hanya segelintir jangkitan baharu dilaporkan setiap minggu pada bulan November, menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Pada kemuncak wabak musim panas, ratusan orang dijangkiti setiap minggu.

    Kecemasan kesihatan awam dijangka ber-akhir pada Januari, kata Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia (HHS), Xavier Becerra dalam satu kenyataan.

    “Berdasarkan jumlah kes yang rendah hari ini, HHS tidak menjangka ia perlu memperbaharui deklarasi kecemasan apabila ia berakhir pada 31 Januari 2023,” kata Berrera.

    “Namun kami akan terus memantau trend kes dengan teliti dan menggalak semua individu berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin percuma.”

    Setakat ini, 17 orang telah meninggal dunia akibat virus itu di AS.

    Menamatkan kecemasan kesihatan awam mpox akan menjadi satu ujian bagi pentadbiran Biden ketika ia bersiap sedia untuk mengisytiharkan berakhirnya kecemasan kesihatan awam COVID, yang dijangka berkuat kuasa sehingga 11 Januari.

    Pentadbiran itu tidak memberikan petunjuk bila ia akan mengisytiharkan ber-akhirnya kecemasan kesihatan awam koronavirus tetapi berjanji akan memberikan notis sekurang-kurangnya 60 hari. – AP

    Gambar serahan Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit (NIAID)menunjukkan penyebaran zarah mpox (merah) yang dikesan dalam sel dijangkiti (biru), dalam makmal di Fasiliti Penyelidikan NIAID di Fort Detrick. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...