Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    ASEAN-BAC tingkat usaha integrasi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, kelmarin, telah menerima Laporan Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan (BAC) ASEAN Brunei 2021.

    Laporan telah diserahkan oleh Pengerusi ASEAN BAC 2021, Dayang Siti Rozaimeriyan-ty binti DSLJ Haji Abdul Rahman dan ahli-ahli ASEAN BAC Brunei iaitu Pengerusi ASEAN BAC Brunei 2022 dan Ketua Pegawai Ekseku-tif Dynamik Technologies, Dayang Haslina binti Taib; Pengerusi Majlis Perniagaan Asia Timur (EABC) Brunei dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Adinin, Awang Musa bin Adnin; dan Pengurus Besar PDS Abattoir, Awang Sabirin bin Othman.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan ASEAN BAC Brunei, laporan merangkum maklumat komprehensif mengenai penyampaian ASEAN BAC di bawah pengerusi Brunei, agenda dasar, projek-projek legasi Brunei, perbincangan-perbincangan meja bulat ASEAN, ABIS dan ABA 2021, bidang strategik yang menjadi perhatian dan cadangan praktikal dalam bidang integrasi ekonomi serantau; penjagaan kesihatan; memudahkan perdagangan; agenda pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan; pemulihan hijau dan mampan yang penting untuk pemulihan rantau ASEAN.

    ASEAN-BAC mempunyai mandat untuk menyediakan maklum balas dan panduan sektor swasta untuk meningkatkan usaha ASEAN ke arah integrasi ekonomi.

    Selain daripada memberi maklum balas sektor swasta mengenai pelaksanaan kerjasama ekonomi ASEAN, majlis berkenaan juga mengenal pasti bidang keutamaan untuk dipertimbangkan oleh pemimpin ASEAN.

    Sehubungan itu, aktiviti ASEAN BAC tertumpu terutamanya pada mengkaji dan mengenal pasti isu-isu untuk memudahkan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dan integrasi serta melaksanakan program dan projek bagi menyokong Pelan Tindakan Strategik AEC 2025.

    Memandangkan BAC ASEAN mengikut susunan penggantian pemimpin ASEAN, ASEAN BAC Brunei menyandang jawatan pengerusi dengan tema Recover, Stronger, Together. Sama-sama’ semasa tahun Brunei, di mana ASEAN BAC dipengerusikan oleh ahli Brunei, Dayang Siti Rozaimeriyanty pada 2021.

    Dayang Siti Rozaimeriyanty berkata, “Ia merupakan tahun yang sangat menakjubkan dan luar biasa bagi pengerusi ASEAN Brunei walaupun terdapat cabaran bersejarah yang dibawa oleh wabak yang terus menguji ketahanan, keazaman dan perpaduan kita sebagai sebuah rantau.

    “Keazaman, kegigihan dan kerjasama yang tidak putus-putus dan tanpa jemu, antara sektor awam dan swasta, sebagai satu komuniti dalam mencari jalan dan cara untuk menyelamatkan nyawa dan mengembalikan ekonomi kita kepada normal telah menunjukkan bahawa ia boleh dilakukan dan boleh mencapai lebih banyak lagi selagi kita kekal bersama,” ujarnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bersama Dayang Siti Rozaimeriyanty dan Dayang Haslina semasa menerima laporan ASEAN-BAC Brunei 2021. – Gambar serahan ASEAN-BAC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...