Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ashanty dedah gaduh besar dengan Aurel

    Bergelar seorang ibu tiri bukan perkara mudah kerana setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan perlu dibuat dengan berhati-hati bagi menjaga perasaan anak-anak.

    Itu yang berlaku kepada penyanyi Ashanty ketika berkahwin dengan Anang Hermansyah yang ketika itu seorang duda beranak dua hasil hubungan dengan Krisdayanti.

    Ashanty mengakui perjalanan bersama anak-anak tiri bukan perkara mudah dan pernah beberapa kejadian menguji kesabarannya sehingga menjejaskan hubungannya dengan Aurel Hermansyah.

    Mengimbau kembali pertengkaran dengan Aurel, Ashanty ketika muncul dalam saluran YouTube, Denny Cagur, mendedahkan pertama kali dia bergaduh besar dengan anak perempuannya itu ketika Aurel mendesak ingin pergi berhibur.

    Meskipun ketika itu Aurel sudah dewasa, Ashanty berkata, naluri keibuannya tetap risau akan keselamatannya apatah lagi dia tahu Aurel akan pulang lewat malam ke rumah.

    “Ketika saya melarangnya, kami bergaduh besar tetapi ia semata-mata demi kebaikannya. Saya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepadanya,” katanya.

    Ashanty menambah, pergaduhan itu tidak terhenti di situ, apabila dia turut mengugut mengusir Aurel keluar dari rumah sekiranya dia tetap berdegil.

    Malah dia meminta pembantu rumah untuk mengunci semua pintu dan tingkap agar Aurel tidak terlepas keluar.

    Walau bagaimanapun, menurut Ashanty, dia bersyukur kini hubungan mereka bertambah erat dan kasih sayang di antara mereka tidak berbelah bahagi. – Agensi

    Hubungan Ashanty dan Aurel kini bertambah akrab. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...