Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Assad gesa penarikan tentera Turkiye dari Syria

    MOSCOW, 16 MAC – Presiden Syria, Bashar al-Assad, berkata beliau hanya akan berjumpa dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan jika Turkiye menarik balik tenteranya dari Syria utara, menurut temubual media Rusia yang diterbitkan hari ini.

    Kenyataan itu dibuat sehari selepas Assad berjumpa dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang sedang berusaha memperbaiki hubungan antara Erdogan dan Assad yang terputus selepas Perang Syria pada tahun 2011.

    Ketua Syria, yang tiba di Moscow pada Selasa, menuntut agar Turkiye menghentikan sokongan terhadap keganasan selari dengan penarikan balik, merujuk kepada kumpulan pemberontak yang mengawal kawasan Syria utara dan menentang Damsyik. “Ini adalah satu-satunya cara di mana perbincangan saya dengan Erdogan boleh berlaku,” kata Assad.

    Erdogan dan Assad mempunyai hubungan yang mesra pada tahun 2000-an selepas beberapa tahun ketegangan antara negara mereka sejurus kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.

    Tetapi perang saudara Syria, yang telah mengorbankan kira-kira 500,000 nyawa dan memindahkan berjuta-juta orang, menegangkan hubungan antara Damsyik dan Ankara, yang selama ini menyokong kumpulan pemberontak yang menentang Assad.

    Diplomat dari Iran, Rusia, Turkiye, dan Syria dijadualkan akan bertemu di Moscow pada minggu ini untuk membuka jalan bagi mesyuarat menteri luar negeri, menurut media Turkiye. – AFP

    Presiden Rusia Vladimir Putin bertemu dengan rakan sejawatannya dari Syria Bashar al-Assad di Kremlin di Moscow. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...