Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Atlet badminton sedia harumkan nama negara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Acara sukan badminton merupakan salah satu daripada 12 acara sukan yang disertai kontinjen negara pada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-32, Kemboja 2023.

    Meskipun diketahui umum akan kehebatan atlet-atlet badminton di rantau ini yang tidak asing lagi terutamanya dari negara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura yang tersenarai antara pemain terbaik di rantau ini malah di peringkat dunia, kali ini negara akan tetap menghantar enam orang atlet badminton terbaik negara yang terdiri daripada empat atlet lelaki dan dua atlet wanita.

    Atlet badminton negara yang akan mewakili negara ke Sukan SEA ke-32 itu nanti ialah Awang Ahmad Mahyuddin bin Haji Abas, Awangku Azri Safwan bin Pengiran Haji Jofri, Chang Huei Woo, Awang Mohammad Shahirul bin Mohd Jenin, Dayang Siti Marinah binti Mohd Salleh dan Dayang Nuraqilah binti Haji Shahroney.

    Apa yang memberikan kelebihan kepada atlet-atlet badminton negara yang terpilih itu nanti adalah mereka akan bersaing dalam acara kumpulan bercampur yang disertai oleh lima negara lainnya iaitu Kemboja, Myanmar, Laos, Timor Leste dan Negara Brunei Darussalam sendiri.

    Hanya lima negara tersebut yang akan bersaing antara satu sama lain dalam acara itu nanti yang mana akan memberikan peluang lebih cerah bagi atlet negara bagi mendapatkan sekurang-kurangnya kedudukan podium.

    Meskipun menyertai buat pertama kalinya di kejohanan sukan yang berprestij itu, kesemua atlet negara diharapkan dapat mempamerkan persembahan terbaik mereka sekali gus mengharumkan nama negara dalam acara badminton khususnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...