Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Atlet ski wanita Iran layak ke Olimpik Beijing

    ABALI, IRAN, 2 FEB – Atefeh Ahmadi dari Iran belajar bermain ski tidak lama selepas dia boleh berjalan sewaktu masih kecil, tetapi laluan ke Sukan Olimpik Musim Sejuk tidak begitu mudah untuk atlet berusia 21 tahun itu.

    Satu-satunya wanita Iran yang layak ke Sukan Beijing, Ahmadi memberitahu AFP dia baru berusia tiga tahun ketika ibu bapanya mula melatihnya untuk bermain ski.

    “Saya terlalu kecil, saya tidak faham untuk apa kepingan kayu ini, tetapi saya belajar,” kata atlet yang berasal dari Abali, timur Tehran itu. Bapanya pernah menjadi ahli pasukan ski kebangsaan dan jurulatih skuad wanita dan pada mulanya kakaknya, Hadis adalah orang yang dilatih untuk menakluki sukan tersebut.

    Tetapi tidak lama kemudian bakat semula jadi Ahmadi berkembang menjadi impian bersaiz Olimpik sendiri.

    “Apabila Hadis memulakan pertandingan pertamanya, saya akan menangis kerana mahu mengikutnya,” kata Ahmadi. Salah satu cenderahati yang dibawa oleh kakaknya dari Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2012 di Austria ialah lambang sukan itu.

    “Ketika itulah saya mula bermimpi tentang Sukan Olimpik. Saya masih ingat semasa kanak-kanak, melukis lima gegelang Olimpik di belakang buku nota saya,” kata Ahmadi. – AFP

    Aksi Atefeh Ahmadi semasa dalam sesi latihan menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...