Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Ayam penyet ala Indonesia

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Ayam penyet merupakan salah satu hidangan yang berasal dari Indonesia yang sangat diminati dalam kalangan masyarakat kitani. Hidangan ini boleh dikatakan agak ringkas untuk disediakan, namun ia sangat berbaloi kerana hasilnya sangat memuaskan dan sedap.

    Dengan rasa sambal penyet yang pedas digabungkan dengan ayam goreng yang rangup, tempe, sup dan nasi panas pasti dapat menambat hati yang merasainya.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti ayam,kiub ayam halia, bawang putih dan air secukupnya. Manakala bahan untuk rempah perapan adalah seperti jintan manis, jintan putih, ketumbar, serbuk kunyit, serbuk lada putih, bawang putih, halia dan sedikit garam.

    Bahan yang digunakan untuk tepung kriuk pula, lebihan perapan rempah ayam, telur dan tepung beras. Manakala bahan untuk nasi ayam pula adalah seperti, beras yang dibersihkan dan tos, rebusan ayam, bawang putih yang diketuk, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, mentega atau minyak sapi, daun pandan dan sedikit garam.

    Manakala bahan untuk sup ayam adalah sup bunjut, daun sup, daun bawang, serai dan bawang goreng. Dan bahan-bahan untuk sambal penyet pula adalah cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih, tomato, belacan bakar, ikan bilis, minyak, secukup rasa, limau kasturi dan sedikit garam. Dan untuk bahan hidangan sampingan pula adalah seperti tauhu, tempe, sayur dan ulam-ulaman.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik

    CARA PENYEDIAAN

    Mula-mula basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih selama 15 minit atau sehingga empuk. Kemudian angkat ayam dan toskan. Manakala cara-cara untuk menyediakan rempah perapan ayam, mula-mula sangai rempah. Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali yang tidak berminyak sehingga naik bau.

    Kemudian sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus. Setelah itu gaul ayam rebus tadi bersama semua bahan lain sehingga halus. Selepas itu, gaul ayam rebus tersebut bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Ayam tadi hendaklah diperap sekurang-kurangnya dua jam supaya rempah meresap ke dalamnya.

    Setelah itu goreng ayam sehingga sedikit garing di luar. Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tetapi jangan campur dengan ayam. Di samping itu, bahan lebihan rempah juga akan digunakan untuk tepung kriuk.

    Cara penyedian untuk tepung keriuk pula, mula-mula gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan itu ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.

    Akan tetapi boleh juga disalut bancuhan itu ke atas ayam perap sebelum digoreng.

    Untuk menyediakan nasi ayam penyet pula, mula-mula panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, bawang dan bawang goreng.

    Manakala untuk membuat sambalnya pula, goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing, angkat dan asingkan. Kemudian goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama. Setelah itu goreng tomato sehingga layu.

    Kisar kasar ikan bilis, cili bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar. Setelah itu panaskan minyak lebihan, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula Melaka.

    Perasakan dengan garam jika perlu. Setelah itu, ia pun sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

    Bahan-bahan:

    • Bahan untuk ayam penyet (rebusan):
    o ayam
    o kiub ayam
    o halia
    o bawang putih
    o air secukupnya

    • Bahan untuk rempah perapan:
    o jintan manis
    o jintan putih
    o ketumbar
    o serbuk kunyit
    o serbuk lada putih
    o bawang putih
    o halia
    o sedikit garam

    • Bahan-bahan untuk nasi ayam:
    o beras
    o air rebusan ayam
    o bawang putih
    o kayu manis
    o bunga lawang
    o buah pelaga
    o mentega atau minyak sapi
    o daun pandan,
    o Sedikit garam

    • Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:
    o cili padi
    o cili merah
    o bawang merah
    o biji bawang putih, hiris kasar
    o tomato
    o belacan bakar
    o ikan bilis
    o gula melaka, atau secukup rasa
    o minyak
    o limau kasturi

    • Bahan untuk hidangan sampingan:
    o tauhu
    o tempe
    o Sayur-sayuran dan ulam-ulaman

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...