Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ayu Aulia tulis nama Zikri Daulay pada nota sebelum cuba bunuh diri

    Nama pempengaruh terkenal Indonesia, hangat diperkatakan dalam kalangan peminat apabila dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kerana didakwa cuba membunuh diri.

    Tindakan Ayu itu turut dikaitkan dengan pelakon yang popular menerusi drama Dear Nathan The Series iaitu Zikri Daulay.

    Kedua-dua mereka dikatakan mempunyai hubungan rapat dan sering berkongsi gambar serta komen di media sosial.

    Menurut laporan KapanLagi, Ayu sempat menulis sekeping nota tercatat nama Zikri di dalamnya.

    “Tiada lelaki yang boleh menerima kekuranganku. Zikri pun tidak mahu meneruskan kerjaya dengan saya,” tulis Ayu.

    Beberapa jam sebelum dibawa ke pusat perubatan Ayu berkongsi satu hantaran di laman sosial Instagram miliknya dengan menulis ‘Depresi’.

    Bagaimanapun keadaan Ayu kini kembali stabil seperti yang dikongsi oleh seorang rakanya bernama Fami Aditian. Ayu turut menjelaskan masalah yang dialaminya bukan berkaitan cinta.

    “Bukan kerana cinta, hanya Fahmi yang tahu,” ucap Ayu pada rakaman video yang dikongsi Fahmi. – Agensi

    Nama influencer terkenal Indonesia, hangat diperkatakan dalam kalangan peminat apabila dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kerana didakwa cuba membunuh diri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...