Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Baiduri diiktiraf Kumpulan Perbankan Terbaik 2022

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Bank Baiduri telah dinamakan ‘Kumpulan Perbankan Terbaik untuk Brunei 2022’ oleh World Finance, penerbitan kewangan antarabangsa terkemuka yang berpangkalan di UK. Pencapaian tersebut menandakan tahun ke-14 bank menerima anugerah tersebut.

    Menurut World Finance, “Bank Baiduri terus mencatat kemajuan dalam bidang utamanya meskipun persekitaran semasa dan menunjukkan daya pemulihan yang utuh di seluruh cawangan korporat dan runcitnya. Gelombang kedua pandemik telah memberikan kesan teruk ke atas ekonomi namun Baiduri telah memimpin dengan strategi digital sekali gus membenarkan pelanggannya menikmati pengalaman tanpa sekatan di seluruh aplikasi dan platform digitalnya.”

    Bercakap mengenai anugerah, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui berkata, “Anugerah ini membuktikan daya ketahanan model perniagaan kami yang kukuh serta usaha berterusan kami dalam menyediakan pengalaman perbankan tanpa sekatan.”

    Beliau mengulas lanjut bahawa pencapaian tersebut diperoleh menerusi usaha bank ke arah pembangunan persekitaran digital serta usaha bersepadu dalam memahami dan memenuhi keperluan pelanggan, terutamanya semasa pandemik.

    “Dalam tempoh 12 bulan lalu, strategi pendigitalan kami telah menjadi matlamat utama kami untuk terus menambah baik dan mempertingkat tawaran digital kami untuk mencari keseimbangan yang betul di antara kemudahan digital dan hubungan manusia,” ujar beliau.

    Antara inisiatif yang dilakukan termasuk pembaharuan sistem perbankan teras, tumpuan pada automasi pemprosesan robotik (RPA) serta program pengenalan digital pelanggan.

    Bank juga mengambil langkah untuk membangunkan keupayaan tenaga kerja menerusi pelaksanaan penyelesaian teknologi, seperti SAP SuccessFactors, penyelesaian sumber manusia (HR) komprehensif untuk fungsi HR utama dan pengurusan bakat. Selain itu, bank juga melancarkan perkongsian strategik dengan pembekal perkhidmatan latihan antarabangsa untuk menawarkan program e-pembelajaran berdasarkan standard global.

    “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada stakeholder, rakan perniagaan dan pelanggan kami atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh mereka. Terima kasih kerana menjadikan Bank Baiduri bank yang memenangi pelbagai anugerah seperti mana hari ini,” tambah beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...