Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Baiduri diiktiraf sebagai Bank Runcit Terbaik 2023

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Bank Baiduri baru-baru ini telah memenangi anugerah Bank Runcit Terbaik di Brunei 2023 daripada The Asian Banker, penyedia maklumat strategik terkemuka dalam industri perkhidmatan kewangan.

    Ia merupakan kemenangan pertama bagi Bank Baiduri pada tahun ini yang menunjuk-
    kan kecemerlangan prestasi runcit bank tersebut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri, prestasi cemerlang tersebut sebahagian besarnya disebabkan pangkalan pedagang yang luas dan perkongsian pemasaran yang kukuh dengan peruncit terbesar di negara ini.

    Ketua Perbankan Runcit, Lim Kian Chong telah menghadiri majlis anugerah di Hanoi, Vietnam, sebagai sebahagian daripada The Asian Banker Excellence in Retail Financial Services Convention 2023.

    Menurut The Asian Banker, Bank Baiduri telah memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan penawaran perkhidmatan runcitnya, terutamanya dalam perbankan digital dan penyelesaian pembayaran untuk memanfaatkan peluang pasaran dan memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.

    Lim Kian Chong yang menerima anugerah berkenaan bagi pihak Bank Baiduri semasa majlis anugerah di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini. – Gambar serahan Bank Baiduri

    Bank tersebut juga menyediakan pilihan pembayaran tanpa sentuh kepada peniaga dengan trafik tinggi dan melihat permintaan yang semakin meningkat untuk sokongan
    LiveChat di laman webnya.

    Jumlah sembang meningkat sebanyak 105 peratus manakala kadar penglibatan meningkat sebanyak 12 peratus dari 2021 hingga 2022.

    Mengulas mengenai anugerah itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui berkata, beliau sangat berbangga dengan pencapaian tersebut kerana ia merupakan pengiktirafan terhadap keupayaan bank dalam inovasi produk dan penglibatan pelanggan.

    Melalui pelaburan berterusan dalam teknologi baharu seperti AI dan pembelajaran mesin, Bank Baiduri menyasarkan untuk menyampaikan pengalaman lancar yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan pelanggan dan kemudahan perbankan.

    Bagi memperjuangkan kepentingan pelanggan, Bank Baiduri juga meningkatkan usaha dalam mewujudkan pengalaman runcit yang positif untuk pelanggannya, mengimbangi pengalaman digital yang mudah dan sentuhan manusia.

    Lim Kian Chong pula mengongsikan bahawa ekosistem rakan kongsi yang kukuh juga membawa kepada kemenangan anugerah tersebut.

    Bank Baiduri memanfaatkan perkongsian strategik tempatan dan serantau untuk mencipta bersama penyelesaian kewangan baharu bagi memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan.

    Dalam persekitaran yang sentiasa berubah dan berdaya saing, pembangunan perkongsian akan terus menjadi tumpuan utama Bank Baiduri sambil meneroka kerjasama dengan syarikat Fintech dan pemain ekosistem lain dalam menyampaikan tawaran baharu yang inovatif kepada pelanggan dan mengembangkan jangkauan mereka agar lebih inklusif dari segi kewangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...