Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bakat muda diseru terus salur karya kreatif

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Ketua II Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI), Haji Jawawi bin Haji Ahmad menyeru bakat-bakat muda di negara ini untuk terus menyalurkan karya kreatif mereka kepada DBP.

    Seruan itu dibuatnya pada majlis penutup Program Penulis Muda 2022: Bengkel Penulisan Sajak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Balai Sarmayuda, DBP hari ini.

    Menurut beliau, sepanjang tiga hari bengkel diadakan, para peserta telah mampu menunjukkan kemampuan dan kemahiran dalam bakat penulisan sajak.

    Bengkel merupakan kesinambungan melahirkan dan mengasah bakat-bakat penulis muda yang dinamik, agresif dan kreatif sebagai usaha mengangkat sastera sebagai satu budaya yang tinggi.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil pada majlis penutupan bengkel tersebut ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah DBP, Dr Haji Mohd Ali bin Haji Radin selaku pengerusi dan pengasas Program Penulis Muda.

    Pada majlis tersebut, Haji Jawawi menerima cenderahati, manakala itu seramai 28 orang peserta bengkel telah menerima sijil penyertaan masing-masing.

    Salah seorang peserta bengkel, Awang Muhammad Bazil Bushran bin Awang Harkani semasa ditemu bual wartawan, melahirkan penghargaan kepada pembimbing di atas ilmu pengetahuan yang dikongsikan.

    Beliau berhasrat untuk menerapkan ilmu yang dipelajari sepanjang bengkel ke dalam kehidupan seharian.

    Beliau berharap bengkel seumpamanya dapat diteruskan pada masa akan datang dengan beberapa pembaharuan seperti membukakan penyertaan tidak terhad kepada golongan muda sahaja.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh dua orang peserta bengkel, Awang Ahmad Danieel bin Abdul Haniff dan Dayang Masnunah binti Haji Bakar.

    Sajak-sajak yang dibacakan merupakan nukilan mereka yang dihasilkan sepanjang bengkel berlangsung.

    ATAS & BAWAH: Pemangku Pengarah DBP menyampaikan sijil kepada para peserta Program Penulis Muda 2022: Bengkel Penulisan Sajak, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...