Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Banjir Sabah: 313 mangsa berlindung di tiga PPS di Pitas

    KOTA KINABALU, 7 FEB – Jumlah mangsa banjir di Pitas tidak ba-nyak berubah dengan 313 mangsa banjir daripada 96 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini berbanding 311 mangsa banjir daripada 97 keluarga pagi tadi.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan tiga PPS terlibat adalah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II menempatkan 108 mangsa daripada 41 keluarga; Dewan SK Rukom (132 mangsa daripada 35 keluarga); dan Dewan Kampung Kusilad (73 mangsa daripada 20 keluarga).

    Semua PPS itu dibuka sejak petang semalam berikutan paras air semakin meningkat di enam kampung iaitu Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu dan Kampung Kusilad.

    Tiada lagi PPS baharu dibuka memandangkan keadaan banjir ter-kawal petang ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...