Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bank Dunia ramal pertumbuhan perlahan

    BANGKOK, 5 APRIL – Gangguan ke atas bekalan komoditi, beban kewangan dan peningkatan harga adalah antara kesan peperangan di Ukraine yang akan memperlahankan ekonomi di Asia dalam beberapa bulan akan datang, menurut Bank Dunia dalam laporan yang diterbitkan hari ini.

    Laporan meramalkan pertumbuhan perlahan dan kemiskinan meningkat di rantau Asia Pasifik tahun ini disebabkan oleh ‘beberapa kejutan’ kompaun masalah bagi penduduk dan peniaga.

    Pertumbuhan bagi rantau itu dijangka menurun lima peratus daripada ramalan asal sebanyak 5.4 peratus. Senario ‘kes rendah’ meramal pertumbuhan merudum empat peratus, menurut laporan. Rantau itu menyaksikan peningkatan semula kepada pertumbuhan 7.2 peratus pada 2021 selepas kebanyakan ekonomi mengalami kemelesetan dengan penularan pandemik.

    Bank Dunia menjangkakan China, rantau ekonomi terbesar, akan berkembang lima peratus, lebih perlahan berbanding pertumbuhan 8.1 peratus pada 2021.

    Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah membantu kepada peningkatan harga minyak, gas dan komoditi lainnya, memberi kesan ke atas kuasa membeli isi rumah dan membebankan peniaga dan kerajaan yang sudah berpuas hati dengan tahap hutang yang tinggi berpunca daripada pandemik, tambah laporan.

    Institusi pinjaman menggesa kerajaan untuk melonggarkan sekatan ke atas perdagangan dan perkhidmatan untuk mengambil kelebihan terhadap lebih banyak peluang untuk perdagangan dan untuk menamatkan subsidi minyak fosil untuk menggalakkan penggunaan teknologi tenaga hijau.

    “Rentetan kejutan ini akan memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi ke atas orang ramai yang akan berdepan kapasiti kewangan yang menguncup daripada kerajaan mereka,” kata ketua ekonomi Asia Timur dan Pasifik, Bank Dunia, Aaditya Matto.

    “Gabungan fiskal, kewangan dan reformasi perdagangan mampu meringankan risiko, memulihkan pertumbuhan dan mengurangkan kemiskinan.” – AP

    Pertumbuhan ekonomi yang perlahan di rantau Asia Pasifik disebabkan kesan peperangan di Ukraine sehingga mengakibatkan gangguan bekalan komoditi, beban kewangan dan peningkatan harga.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...