Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Lima maut kereta api bertembung trak

    BUDAPEST, HUNGARY, 5 APRIL – Sebuah kereta api tergelincir dan terbalik selepas melanggar sebuah kenderaan di selatan Hungary awal hari ini, mengakibatkan lima orang maut dan lainnya cedera, menurut kenyataan polis.

    Kejadian berlaku sebelum 7 pagi di bandar Mindszent. Polis berkata sebuah trak membawa pekerja memandu di atas landasan kereta api dan dirempuh oleh kereta api, yang tergelincir akibat hentaman pelanggaran itu.

    Tujuh lelaki yang membuat perjalanan berada dalam trak semasa kemalangan tersebut, menurut agensi berita Hungary, MTI. Lima daripadanya maut dan dua lagi dibawa ke hospital dengan kecederaan serius di kepala dan lengan, menurut kenyataan polis.

    Dalam kenyataan, kereta api negeri Hungary memberitahu kesemua yang terkorban membuat perjalanan menaiki trak. Ia berkata bahawa 22 orang berada di dalam kereta api semasa pertembungan itu.

    Sementara itu, dua penumpang mengalami kecederaan serius dan lapan lagi mengalami kecederaan ringan.

    Sebanyak 10 buah ambulans dan sebuah helikopter dikerahkan ke tempat kejadian, menurut jurucakap bagi Perkhidmatan Ambulan Nasional. – AP

    Lima maut selepas sebuah kereta api bertembung dengan sebuah trak pada kejadian yang berlaku di selatan Hungary, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...