Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bapa ditahan cuba jual anak albino

    MAPUTO, 26 JULAI – Seorang bapa berjaya ditahan selepas cuba menjual tiga orang anaknya yang albino untuk digunakan dalam ritual sihir pada kejadian yang berlaku di Mozambique, menurut kenyataan polis kelmarin.

    Polis di wilayah barat laut Tete, berkata tiga kanak-kanak berusia sembilan hingga 16 tahun diselamatkan pada hujung minggu lalu selepas menerima maklumat yang tidak disebut namanya. Bapa saudara dan bapa mereka telah ditangkap.

    Kedua-dua individu disyaki merancang untuk menjual golongan minoriti itu ke Malawi, di mana mereka boleh dijual pada harga sekitar AS$40,000, kata jurucakap polis tempatan, Feliciano da Camara kepada sidang akhbar.

    Kedua-duanya menafikan penglibatan mereka dalam kes tersebut.

    “Siasatan telah dijalankan dan satu misi telah dilancarkan untuk menyelamat tiga budak berkenaan dari kurungan,” kata Camara.

    Albinisme, yang disebabkan oleh kekurangan melanin, pigmen yang mewarnai kulit, rambut dan mata, adalah anomali genetik yang menjejas ratusan ribu orang di seluruh dunia.

    Sesetengah negara sub Sahara Afrika mengalami penindasan terhadap golongan albino, di mana sebahagian tubuh mereka amat dicari-cari untuk upacara sihir dengan kepercayaan ia membawa tuah dan kekayaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...