Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bayern gagal bawa pulang mata penuh

    BERLIN, 13 MAC – Bayern Munich sekali lagi menanggung kekecewaan selepas terikat seri 1-1 menentang Hoffenheim semalam, ketika pendahulu Bundesliga itu menyaksikan tiga gol mereka dibatalkan dan turut terkena tiang gol.

    “Nasib itu menyebelahi kami,” kata ketua pasukan Bayern, Manuel Neuer.

    Selepas terpaksa berkongsi mata di laman sendiri bertemu Leverkusen minggu lalu, Bayern kini merekodkan keputusan seri daripada dua perlawanan terakhir mereka.

    Christoph Baumgartner meletakkan Hoffenheim di hadapan sebelum Robert Lewandowski menyamakan kedudukan sebelum separuh masa di Sinsheim dengan menyamai rekod 17 jaringan di gelanggang lawan pada musim ini.

    Ia adalah perlawanan yang mencabar buat Bayern, di mana dua gol Thomas Mueller dan satu percubaan Lewandowski dibatalkan sebelum rembatan Serge Gnabry sekadar singgah di tiang gol.

    “Kami mempunyai beberapa peluang dan pada akhir perlawanan kami kecewa kerana gagal membawa pulang tiga mata penuh,” akui Neuer.

    Bayern ketika ini berada 10 mata di hadapan di puncak Bundesliga, tetapi pasukan di tangga kedua Dortmund, yang bakal bermain di menanti kunjungan Bielefeld hari ini, mempunyai kelebihan dua perlawanan.

    Ia adalah kepulangan yang mengecewakan ke Sinsheim buat jurulatih Munich, Julian Nagelsmann, yang menghabiskan tempoh sembilan tahun bersama Hoffenheim, tiga tahun sebagai ketua jurulatih.

    “Saya berpuas hati dengan persembahan keseluruhan, terutama selepas tiga gol kami dibatalkan kerana ofsaid, walaupun kami hanya meraih satu mata,” kata Nagelsmann.- AFP

    Aksi Serge Gnabry membuat percubaan semasa pertemuan menentang Hoffenheim do Sinsheim, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...