Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    BDCB sahut seruan tambah bekalan darah

    Oleh Mu’min Karim
    Gambar serahan BDCB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Bagi menyahut seruan kerajaan khususnya Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dalam meningkatkan bekalan darah, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) telah menganjurkan kempen derma darah di Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, hari ini.

    Diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, kempen itu disertai oleh para pegawai dan kakitangan organisasi-organisasi dan jabatan-jabatan yang berada di bangunan tersebut.

    Acara seumpamanya merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat BDCB yang antara lain bertujuan untuk menyelamatkan nyawa dengan membantu menambah bekalan tabung darah negara.

    Inisiatif tersebut juga diharap membolehkan pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan darah akan terus menerima rawatan perubatan yang bersesuaian.

    Antara yang menyertai kempen derma darah BDCB di Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, kelmarin.
    Gambar ramai pegawai dan kakitangan BDCB bersama pegawai dari Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, semasa kempen derma darah kelmarin.

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...