Friday, May 10, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Bekas Presiden El Salvador Mauricio Funes dijatuhi hukuman penjara

    MOSCOW, 30 MEI – Bekas Presiden El Salvador, Mauricio Funes dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana berurusan dengan kumpulan samseng semasa pentadbirannya, kata Peguam Negara El Salvador, kelmarin, lapor Sputnik.

    “Bekas Presiden Mauricio Funes telah dijatuhI hukuman penjara 14 tahun dan bekas menteri Keselamatan dan Keadilan Awam, David Munguia Payes, dihukum penjara 18 tahun. Peguam Negara mengemukakan banyak bukti yang membuktikan kesalahan bekas pegawai itu,” memetik kenyataan yang disiarkan di Twitter.

    Peguam Negara, Rodolfo Delgado berkata dua bekas pegawai itu yang sepatutnya melindungi rakyat Salvador tetapi sebaliknya menjual nyawa mereka sebagai pertukaran untuk bantuan pilihan raya, bertindak sebagai ahli kumpulan.

    Bekas Presiden El Salvador, Mauricio Funes semasa mesyuarat, sebelum pilihan raya presiden di San Salvador, El Salvador, 31 Januari 2014. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kru kabin dipecat ambil cuti sakit beramai-ramai

    NEW DELHI, 9 MEI - Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya krew kabin kerana mengambil cuti sakit beramai-ramai yang mengakibatkan pembatalan penerbangan,...