Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Belajar guna alat pemadam api

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Seramai 198 orang warga Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut, baru-baru ini telah diberikan taklimat keselamatan kebakaran serta tatacara menggunakan alat pemadam api yang betul, untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa bertanggungjawab serta menerapkan ilmu pengetahuan mengenai aspek keselamatan kebakaran.

    Taklimat itu dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi E, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) pada 4 Mac lalu.

    Menurut JBP, Latihan Pengosongan Bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur dan bersistematik.

    Jabatan berkenaan juga menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba dan Life Saver 995 bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan.

    JBP dalam kenyataannya menyatakan bahawa jika berlaku kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

     

    ATAS & BAWAH: Warga sekolah diberikan tunjuk ajar tatacara menggunakan alat pemadam api yang betul. – Gambar serahan JBP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...