Monday, March 27, 2023
28.8 C
Brunei

-

Belajar tentang kerjasama sebagai satu pasukan

Oleh Ak Zaki Kasharan

TUTONG, 3 JUN – Perasaan gembira jelas terpancar pada wajah para ibu bapa dan rekrut-rekrut wadar pengambilan 1/2021 yang diraikan dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan bagi Rekrut Wadar Lelaki dan Wanita Pengambilan 1/2021 yang berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan Jabatan Penjara, Maraburong, Tutong, hari ini.

Penerima hadiah Rekrut Terbaik dalam Kawad, Rekrut Wadar 851 Muhd Syazwan Asnawi bin Johari semasa ditemui selepas upacara tersebut mengongsikan perasaan teruja dan gembiranya setelah berjaya menamatkan latihan rekrut yang berlangsung sejak lebih kurang sembilan bulan lalu.

“Saya berasa bangga dan sangat bahagia di samping turut merasakan sedikit sedih kerana di sini kami banyak meninggalkan pengalaman pahit manis bersama rakan-rakan, pegawai-pegawai dan jurulatih-jurulatih kami di sepanjang menjalani latihan.

“Antara pengalaman dan pengajaran semasa menjalani latihan di sini adalah kami perlu mengamalkan sifat bekerjasama sebagai satu pasukan di mana jika salah seorang antara kami membuat kesalahan maka kami semua perlu bertanggungjawab.

“Pengajarannya yang kami dapat pula ialah kami menjadi lebih bertanggungjawab dan berdisiplin sedari pemakaian pakaian seragam dengan kemas dan banyak lagi,” ujarnya.

Rekrut Wadar 851 Muhd Syazwan Asnawi semasa bergambar bersama ahli keluarganya.
Rekrut Wadar 811 Muhammad Izzul Tiftazani bersama ahli keluarganya.

Seorang lagi rekrut, Rekrut Wadar 811 Muhammad Izzul Tiftazani bin Haji Mohd Masuni turut menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana berjaya menamatkan latihan rekrut setelah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan.

“Sepanjang kami menjalani latihan di sini, Alhamdulillah kami dapat menerima segala rintangan dan tanta-ngan yang baik mahupun buruk, tambahan lagi di masa penularan wabak COVID ini.

“Kami tetap menerima dan membuat segala apa yang diarahkan kepada kami selain menunjukkan hasil yang sebaik mungkin dalam segenap hal yang kami lakukan,” kongsinya lagi.

Beliau juga tidak ketinggalan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pegawai, kakitangan dan jurulatih yang membimbing mereka sehingga berjaya ditauliahkan pada hari ini.

Penghargaan yang sama juga turut ditujukannya kepada kedua ibu bapanya, nenek serta ahli keluarganya yang lain yang banyak menyokongnya selama ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -