Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Belgium, Iran bertukar tahanan

    DUBAI, 26 MEI – Oman berkata hari ini pertukaran tahanan antara Belgium dan Iran sedang dijalankan.

    Pengumuman oleh Kementerian Luar Oman tidak mengenal pasti banduan yang ditukar. Bagaimanapun, Iran ingin Belgium memulangkan seorang diplomat yang disabitkan kerana merancang pengeboman di Perancis, manakala Belgium telah meminta pembebasan seorang pekerja bantuan yang ditahan oleh Iran.

    “Mereka yang dibebaskan telah dipindahkan dari Tehran dan Brussels ke Muscat hari ini, sebagai persediaan untuk kepulangan ke negara mereka,” kata Kementerian Luar. “Kesultanan Oman menghargai semangat positif dalam rundingan di Muscat antara pihak Iran dan Belgium, dan kesungguhan mereka untuk menyelesaikan isu kemanusiaan ini.”

    Media negara Iran tidak mengesahkan komen Oman. Kementerian Luar Belgium merujuk soalan kepada pejabat perdana menteri Belgium, yang enggan mengulas. Walau bagaimanapun, Oman telah lama berkhidmat sebagai perantara antara Barat dan Iran. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...