Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bengkel kereta kena kompaun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Sebuah bengkel kereta di Pekan Tutong telah dikenakan denda kompaun setelah didapati menumpahkan minyak kereta ke dalam longkang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Daerah Tutong, Yeo Motor didenda $500 di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, Penggal 30 Bab 12 (1) (c) dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda tersebut, syarikat tersebut boleh diambil tindakan undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Manakala itu, badan-badan korporat yang melakukan kesalahan di bawah bab tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000 atau dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Minyak kereta yang dibuang di tempat awam telah dikesan oleh penguat kuasa Jabatan Daerah Tutong.- Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...