Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bengkel KHEU labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Bengkel Penelitian Separuh Penggal Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bagi tahun 2020-2024 yang diadakan selama tiga hari telah melabuhkan tirainya dengan sesi penutup di Kompleks Sukan Jerudong, hari ini.

    Bengkel bertujuan untuk memastikan sasaran dan pelan tindakan yang telah ditetapkan bagi rancangan strategik 2020 -2024 adalah relevan dengan perkembangan semasa dan selaras ke arah Wawasan Brunei 2035.

    Pada hari terakhir bengkel, para peserta telah membentangkan hasil penelitian ke atas setiap fokus strategik utama iaitu Pendidikan Agama dan Arab Berkesan; Dakwah Mantap Berkesan; dan Jaminan Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial.

    Hadir semasa pembentangan tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, latihan dan aktiviti sepanjang bengkel telah meneliti semula keberkesanan Rancangan Strategik KHEU pada pertengahan penggal 2020-2024. Ia merupakan langkah yang sangat penting dalam pengurusan rancangan strategik yang merupakan live document yang terkesan dengan persekitaran berubah-ubah di luar jangkaan. Oleh itu, ada keperluan untuknya diteliti dan dikemas kini semasa tempoh pelaksanaannya.

    Bengkel dimudah cara oleh Pengarah Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Dr Hajah Noor Maya binti Haji Mohd Salleh dan dikendalikan bersama oleh Unit Muraqib, KHEU dan Institut Perkhidmatan Awam.

    Ia disertai oleh para pegawai peringkat eksekutif dan pengurusan pertengahan kementerian tersebut. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim semasa menghadiri pembentangan yang diadakan di Kompleks Sukan Jerudong, kelmarin.
    Antara pegawai dan kakitangan KHEU yang hadir pada bengkel tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...