Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Berkenan melawat Supa save dan Golden Corporation

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan membawa rombongan kerabat diraja Kelantan yang diketuai oleh Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid melawat Supa Save cawangan Seria, Daerah Belait hari ini manakala kelmarin, rombongan telah mengadakan lawatan ke syarikat pemprosesan makanan laut, Golden Corporation Sdn Bhd.

    Menyertai lawatan tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi, Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Ruqiyah Mataul Bulqiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Dr Mansurah Izzul Bolkiah, Yang Mulia Tengku Anizah binti Tengku Abdul Hamid dan Yang Mulia Tengku A’liaa Muna binti Tengku Abdul Rahman serta Pengiran Anak Datin Hajah Fatimah.

    Turut menyertai lawatan ialah anakanda YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, Pengiran Anak Tengku ‘Afeefah Mushafa’ah Bolkiah Putri dan Pengiran Anak Tengku Azzahra ‘Iffatul Bolkiah Putri.

    Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, YAM Tengku Amalin A’ishah Putri, YAM Pengiran Anak Hajah Ruqiyah Mataul Bulqiah, YAM Pengiran Anak Dr Mansurah Izzul Bolkiah, Pengiran Anak Tengku ‘Afeefah Mushafa’ah Bolkiah Putri dan Pengiran Anak Tengku Azzahra ‘Iffatul Bolkiah Putri, Yang Mulia Tengku Anizah, Yang Mulia Tengku A’liaa Muna dan Pengiran Anak Datin Hajah Fatimah bergambar ramai semasa lawatan ke Supa Save, Panaga, Seria kelmarin. Mengalu-alukan rombongan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau.

    Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, YAM Tengku Amalin A’ishah Putri, Yang Mulia Tengku Anizah dan Yang Mulia Tengku A’liaa Muna bergambar ramai semasa lawatan ke Golden Corporation Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...