Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Berlian merah jambu bernilai AS$35 juta dilelong

    NEW YORK, 30 MAC – Sebentuk berlian berwarna ungu kemerahan yang jarang ditemui, dipanggil Eternal Pink dan bernilai AS$35 juta, akan dilelong oleh Sotheby, sebuah agensi lelong, sebagai sebahagian daripada jualan Magnificent Jewels di New York pada bulan Jun.

    Berlian 10.57 karat itu dipasarkan sebagai berlian merah jambu keunguan paling berharga yang pernah dibawa ke lelongan, dengan anggaran harga pralelongan tertinggi bagi setiap karat, menurut Sotheby.

    “Garisan halusnya digabungkan dengan keindahan warnanya menjadikannya sebagai salah satu permata paling luar biasa di dunia,” kata Tom Moses, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai makmal dan penyelidik di Institut Gemologi Amerika mengenai berlian tersebut.

    Menurut Sotheby, batu itu, yang dilombong di Botswana, adalah setanding dengan karya agung seni yang jauh lebih jarang daripada Magritte atau Warhol.

    Berlian merah jambu adalah antara permata paling jarang dan paling dicari di dunia dan dianggap sebagai tarikan utama pelabur.

    Rekod untuk harga lelongan tertinggi untuk batu sedemikian dipegang oleh CTF Pink Star, yang dijual pada harga AS$71.2 juta di Hong Kong pada 2017. – AFP

    Seorang model memegang berlian merah jambu terang 10.57 karat, dengan anggaran nilai lebih daripada AS$35 juta, di Sotheby’s di New York pada 27 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...